Sunday, July 24, 2011

DILEMA CINTA...

KEPUTUSAN YANG MERUMITKAN ..
☆彡☆彡 ☆彡 Just for you my love ALLAH ♥ ☆彡 ☆彡☆彡
Bismilahirrahmanirrahim...
si lelaki : Syg.. kenapa belum tidur lagi ni… jom lah tidur.. abang ngantuklah..
...si gadis : kenapa abg masih panggil sy ‘syg’ lg nie?? Kan abang dah janji xnak panggil sy cm tu lg? melalaikanlah abg..
si lelaki : ops silap, maafkan abang ye..
si gadis : maaf, maaf, maaf, tu je abang tahu.. abang, sy sebolehnya nak menjaga perlakuan sy tp bila abg masih xubah perangai abg mcm ni, sy rasa abang jangan cari sy lagi lps ni,dulu sy sanjung abang sebab abang belajar agama.. abang hafaz Quran.. tp sekarang apa yang abang tunjukkan pada sy?? Cinta bernafsu abang.. kita dah lalai..
si lelaki : hmm awk janganlah cakap macam tu.. kalau 5 tahun lepas awak nak mintak jauhkan diri dari awak, abang yakin abang boleh tinggalkan awak. Sekarang kita dah kenal 5 tahun, baik buruk awak abang dah hafal dah.. dah faham sangat-sangat dah.. abang xakan dapat lupekan awk. Ummi dan abah kite xlarang kita berkawan, ape yang awak nak risau??
Si gadis : ape sy risau abang tanye?? Abang tengoklah hubungan kite ni, dah jauh myimpang.. ni semua nafsu, abang sedar tak? Sy nak redha Allah.. bukan redha abang.. walau kita xbercinta macam couple lain kita tetap terlibat dengan zina hati.. sy rindu abang, sy sayang abang.. sy nak hidup dengan abang.. sampai bila sy nak macam nie.. abang xpernah nak ambil serius hal ni.. kenapa abang?? Kita kena ingat.. cinta Allah tu yang paling atas sy xnak cinta sy yang abang Agung2kan..
si lelaki : Abang dah malas nak bercakap soal ni lagi.. abang tetap akan tunggu awak.. tunggu abang habis belajar.. abang akan meminang awak. Abang sayang awak. Dah jom tidur..assalamualaikum.. ingat pesan abang, tidur basuh kaki, 3 qul jangan lupa.. ayat Qursi Pahat dalam hati selalu.. fahami maknanya. Jangan fikir apa2 dah lepas ni.. moga tidurmu Diiringi rahmat Allah selalu yup ^_^
si gadis tidak membalas mesej seperti selalu.. merajuk kerana hasratnya untuk berpisah dengan si lelaki diambil mudah si lelaki.. si gadis terus berdoa agar jodohnya berkekalan dengan lelaki tersebut jika sememangnya dia tercipta untuk menjadi suri bagi si lelaki.. tanpa diduga seminggu selepas itu wanita tersebut dipinang seseorang… jejaka yang meminang si gadis berpangkat ustaz jugalah.. sudah memerhati si gadis dari jauh, dan sempat berkenalan… hanya perkenalan biasa antara ustaz dan anak murid.. jejaka tersebut tertarik dengan perwatakan si gadis yang lemah lembut, peramah serta si jejaka tersebut kagum dengan usaha si gadis berubah dan berusaha menjadikan diri lebih tawaduk dengan Allah.. tanpa berfikir panjang dan atas rasa tanggungjawab yang hadir dalam hati si jejaka dia membuat keputusan menyunting si gadis untuk menjadi permaisuri hidupnya serta ibu kepada anak-anaknya.. si jejaka amat yakin dapat mengubah dan membimbing si gadis untuk menjadi insan solehah dan beriman kepada Allah s.w.t..
si gadis termenung panjang merenung nasibnya dan berusaha memikirkan jalan terbaik untuk hubungannya dengan si lelaki.. kring2.. si gadis tersentak.. dengan pantas si gadis mengangkat handphone yang bingit berbunyi.. perbualan berlangsung…15minit kemudian handphonenya diletakkan kembali ke tempat asalnya.. ada org dtg meminang?? Kenyataan yang membingungkannya.. dia masih memikir apa yang diberitahu ayahnya sebentar tadi.. sapa yang masuk meminang aku pulak nie?? Abang ker?? Adoilah.. masa nilah nak datang meminang.. aku dah lah tengah celaru.. rungut si gadis.. yang lagi dia tak dapat terima.. ayahnya mengatakan setuju dengan peminangan tersebut.. malam tersebut si gadis menunaikan solat istikharoh memohon petunjuk Illahi.. hatinya tidak tenteram.. nak menghubungi si lelaki dia masih merajuk dengannya.. berpuluh-puluh panggilan dari si lelaki tak berjawab.. 3 hari berlalu dia semakin risau.. tentang nasibnya.. siapakah yang bakal menjadi suaminya?? ‘Si lelaki’ kah?? Atau jejaka misteri? Langsung tidak terlintas di fikirannya nak menanyakan hal yang merunsingkannya kepada si lelaki..
Si gadis nekad balik kampung bertemu abah dan umminya. Hatinya memberontak ingin tahu siapa lelaki misteri tersebut.. selepas 1jam berbincang.. akhirnya si gadis berasa lega kerana persoalannya selama ini telah berjawab.. dia dalam dilema.. memilih insan dicintainya sekian lama atau memilih ustaz tersebut… gadis tersebut termenung panjang memikirkan masalahnya...
Persoalan di sini adakah si gadis menerima lamaran lelaki tersebut??
Atau dia akan tetap terus menunggu ‘si lelaki’ datang meminangnya??
Jikalau anda wahai muslimah?? Apakah keputusan anda???
SAMBUNGAN….
Jam menunjukkan 12 malam.. si gadis masih tak mampu melelapkan mata.. memikirkan masalahnya.. lantas pena diambil…. bagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya.. iya, hanya itu pengubat hatiku yang resah ini.. Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.. doa dipanjatkan………….
“Ya Allah.. tutupkanlah hati ku pada mana-mana lelaki.. sehingga sampai jodohku... Ya Allah.. tutupkanlah hatiku untuk melakukan maksiat pada Allah lagi.. tak sanggup rasanya ku hitung dan mengukir dosaku lagi.. aku manusia lemah.. tak mampu bangkit tanpa huluran bantuanMu.. Ya Allah.. hinalah aku tanpa cinta dan kasihku padaMu.. Ya Allah.. berjuta air dari kelopak mata ini.. membasahi pipiku.. berjuta kali ku kesat dan pujuk hati ini.... Kau cintaku yang abadi... aku terus ternoda.. titik hitam terus bermaharajalela.. Ya Allah.. tiada lagi tempat tuk ku mengadu.. hanya padaMu.. tutupkanlah simpatiku tutupkanlah hatiku kepada yang tidak berhak... tutupkanlah... biarlah hati ini hanya untukMu... ku pasti dengan janjiMu.. ku pasti dengan ketentuanMu... ku pasti akan kasih sayangMu... ku pasti ya Allah.. tutuplah pintu hatiku pada insan yang bergelar ajnabi... lelah.. aku lelah.. hentikanlah dugaan ini.. ku tak mampu harungi lagi... kasihanilah aku Ya Allah... ku tahu redhaMu tetap ada untuk ku.. jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu.. aku tidak sanggup lagi Ya Allah.. tak sanggup lagi menderhakaiMu....”
Hujan renyai-renyai pagi tu… si gadis sudah membuat keputusan.. ya, benar, itu keputusan sy.. luah si gadis kepada si lelaki.. si lelaki tidak mampu berkata apa-apa lagi… pertemuan berakhir di situ, Teluk Chempedak menjadi destinasi pertemuan mereka..di sebuah pantai yang indah lagi menenangkan jiwa kedua-duanya yang sarat perasaan buntu, kecewa, dan risau..ape?? argh….! si lelaki terasa ingin menjerit .. tidak percaya dengan apa yang didengarinya seminit cuma.. mahu atau tidak si lelaki terpaksa menerima suratan takdir yang telah tertulis untuknya.. dia terpaksa...takdir ini terlalu perit untuk dia telan, lebih pahit dari hempedu..hatinya terasa seperti kertas yang direnyuk-renyuk..sampainya hatimu sayang.. itu kata-kata terakhir si lelaki.. lantas berlalu pergi dan langsung tidak berpaling kepada si gadis..tawakkaltualallah hanya itu terlintas di hatinya..
Abang.. tinggalkan sy..maafkan sy.. keputusan ni sy buat bukan kerana sy benci abang.. bukan kerana sy ada yang lain.. bukan kerana apa.. tapi kerana ALLAH… terngiang-ngiang ayat yang luncur ditutur oleh si gadis.. tinggalkan sy kerana Allah.. sy rindukan Allah… jangan persoalkan lagi kenapa sy buat macam ni..lepas ni kita putus.. segera si gadis mematahkan simkadnya di hadapan si lelaki.. tanda dia tidak mahu lagi diganggu… dengan menahan sebak di dada, dan tidak mahu nampak lemah di hadapan si lelaki, dia mengalihkan pandangan ke arah pantai yang sedang bergelora.. menenangkan diri… si lelaki berlalu pergi… ‘sampainya hatimu sayang’ hanya itu didengarnya..
si gadis pulang dengan perasaan bercampur baur, masuk sahaja ke dalam kereta terus dirembeskan air matanya semahu-mahunya tanda kemenangan berjaya keluar dari kesulitan yang melanda dirinya.. selama sebulan dia menyendiri sendiri.. diisi masa sepenuhnya beribadat kepada Allah s.w.t.. ini keputusan aku!! Aku tidak akan sesekali menyesal, itu janjiku.. monolog si gadis…
Ditenangkan hatinya dengan mengalunkan salah satu lagu nasyid dari kumpulan In-Team~ Kasihku Abadi~ lirik yang sungguh syahdu serta menggambarkan situasinya pada waktu itu.. ‘kamar hatiku..sekian lama.. suram dan sepi kekosongan..aku mencari.. insan sejati tuk menemani hidup ku.. hanya ku harap keikhlasan dan ku rindukan keramahan.. aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan.. mengasihimu dikasihi.. menyayangimu disayangi.. merindui dan dirindui saling mengerti di hati.. dia menghayati lagu itu dengan sepenuh jiwanya..dihabiskan bait2 terakhir lagu itu, ‘terimalah serta kabulkan harapan ini.. ku melafazkan kata penuh makna bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah hidup mati jodoh pertemuan ditentu Allah.. Yang Maha Esa… perkenankan hasrat di hatiku’... ini jawapannya.. sudah terjawab…. Hatinya cukup tenang selepas itu.. seolah tiada apa-apa yang berlaku.. biarlah hanya Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. diulang-ulang ayat itu sehinggalah dia selamat tiba di rumahnya..
Si gadis telah membuat keputusan ingin sambung belajar di luar negara.. pinangan dari ustaz tersebut ditolak secara baik..
Si gadis : tut.. tut.. tut..tidak sampai pun 10 saat callnya dijawab.. Hello.. Aaa.. assalamu'alaikum ustaz.. (memulakan salam agak gagap sedikit..)
si ustaz : Wa'alaikumussalam.. tanpa meneka dia dah dapat mengagak siapa gerangan si pemanggil.
si gadis : Maafkan sy ustaz.. terpaksa menolak pinangan ustaz.. sy percaya, abah sy dah sampaikan khabar ini kepada ustaz..
si ustaz : hmm.. sy sebenarnya kecewa dengan keputusan awak.. sy benar-benar ingin menjadikan awak isteri sy.. sy yakin dapat membahagiakan awak.. sy janji kerana Allah.. sy akan jaga awak dan didik spenuhnya awak semampu sy…
si gadis : Ustaz.. sy sudah buat keputusan.. Allah dah beri petunjuk kepada sy.. sy yakin mimpi yang sy alami tu betul. Dalam mimpi tu sy berada di bumi asing.. bumi arab.. cuaca sangat panas ketika itu.. tubuh sy berlitup sempurna.. saya sujud tersangat lama di satu tempat yang tiada seorang pun di situ..sy tidak tahu di mana sy.. tiba-tiba suara garau mengejutkan sy. dia mengatakan sy akan diberikan jodoh yang terbaik dari Allah s.w.t, kerana taubat sy diterima Allah.
Si ustaz : habis tu kenapa tolak pinangan sy? Mungkin sy jodoh awak.. kenapa awak langsung tak nak beri peluang pada sy?
Si gadis : rumit ustaz.. rumit… kata hati sy mengatakan ustaz bukan jodoh sy.. dalam mimpi tu sy… sy jumpa cinta hati sy.. wajah itu..wajah yang mencium dahi sy tu bukan ustaz.. entahlah, sy tidak pernah bersua muka dengannya.. sy pun tidak tahu siapa dia.. sebab tu sy ambil keputusan ni. Harap ustaz mengerti.
Si ustaz : Astaghfirullah.. Allah huakbar.. maafkan sy.. kerana menjadi beban awak selama ni..Maafkan sy.. maafkan sy.. moga awak bertemu jodoh yang terbaik.. lelaki misteri tu tersangat bertuah.. sy doakan awak berjaya mencari cinta hati awak yang sebenarnya..
si ustaz lantas menamatkan perbualan secara tiba-tiba.. dia sebak, menangis keseorangan.. memohon ampun kepada yang Maha Esa kerana menangisi nasibnya hanya kerana CINTA SEMENTARA.... tahun demi tahun telah berlalu.. iman si ustaz semakin utuh dek kerana dia tidak mahu terlalai lagi.. ibadahnya semakin meningkat dan menebal.. jiwa dan raganya hanya dikhaskan untuk Allah taala. sesungguhnya cinta Allah sahaja yang Kekal Abadi tidak dapat dibeli dan diwarisi…
Si lelaki yang dicintai si gadis pula kembali pada jalanNya..Bertaubat nasuha atas kekhilafannya.. perpisahan tersebut telah menyedarkannya..cinta itu bukan miliknya.. dengan cinta nafsu juga membuatkan dia lalai dan terleka.. dia merasa satu kerugian yang cukup besar kerana menghabiskan masa untuk ‘bercinta’... Aku bertaubat padaMu ya Allah.. ampunilah aku… beliau mengambil keputusan melanjutkan pengajian Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam di Jordan.. sapa sangka tidak lama kemudian dia bertemu jodoh dengan seorang gadis yang tersangat sempurna, cantik, berakhlak mulia, serta bersama-sama menjadi sayap kiri kepada si lelaki untuk menyebarkan syiar islam.... kehidupannya sangat bahagia.. terbukti Allah itu Maha Pengampun.. apa terjadi kepada si gadis??
Malang tidak berbau.. si gadis menemui ajal di Mesir, di tempat dia menuntut ilmu... beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat berjemaah di sana.. Subhanallah.. takdir Allah.. meninggal ketika menuju ke rumah Allah.. si gadis juga meninggal pada hari jumaat, hari yang dikatakan insyaallah akan masuk syurga..insyaallah, dia adalah ahli syurga.. si gadis tidak sempat bertemu cinta sejatinya…… jenazahnya tersangat wangi, bersih dan wajahnya bercahaya.. mungkin kerana amalanya salama ini yang menyerahkan sepenuhnya hidup dan matinya hanya untuk Allah azzawajalla… Allah telah menjadikan kematiannya dalam berkeadaan mulia.. syukur Alhamdulillah.. dia dikebumikan di kampung asalnya di Kedah.... jadi siapa lelaki misteri yang dia mimpi tu??? Bidadara syurga mungkin..??? insyaallah..^_^ renung-renungkan…
Subhanallah.. sesungguhnya ganjaran yang diberikan Allah tidak terhitung nilainya.. jadi jangan berputus asa lagi untuk meraih cintaNya..pintu taubat masih terbuka… Allah Maha Kaya pemberiannya.. sama-samalah kita berusaha meraih cintaNya dahulu sebelum cintakan makhluk… ^_^ amin…. TAMAT.
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
sepinggan pahala berulamkan dosa.. cinta yang disangka berlandaskan agama, tetapi hanya nafsu semata-mata..
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥​ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
Moralnya?? Masing2 dapat rumuskan?? ^_^

Thursday, July 21, 2011

||aku sayang sahabat-sahabatku..sesungguhnya kita semua bersaudara||

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambungkanlah persaudaraan, dan sholatlah di waktu malam sementara manusia tidur, maka kalian akan masuk surga Tuhanmu dengan sejahtera.” (HR.at-Turmudzi, Ibnu Majah, dan ad-Daarimi)

“Tidak akan masuk surga seseorang yang tetangganya tidak tenteram dari gangguan-gangguannya.” (HR. Muslim)

“Seorang muslim adalah orang yang membuat muslim lainnya merasa aman dari lisan dan tangannya.” (HR. Bukhari)

“Tidak beriman seseorang daripadamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari)

“Orang-orang beriman seperti satu tubuh, apabila matanya sakit, sakit pulalah seluruh badannya, dan apabila kepalanya sakit, sakit pulalah seluruh tubuhnya.” (HR.Muslim)
“Janganlah kalian saling membenci, saling hasad, dan saling bertengkar. Tetapi, jadilah kalian semua hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memusuhi) saudaranya melebihi tiga hari.” (HR. Bukhari)

Check-out! Kelebihan Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi yang terdiri dari 110 ayat kesemuanya. Ustazah ada mintak kita orang cuba hafal 31 ayat yang pertama itu dan InsyaAllah ustazah akan test tengok camane minggu depan. Ya Allah, boleh ke saya nak hafal ni, dh lah lame tak menghafal..selama ni jz tilawah (baca) Quran je... apa2 pun cuba lah dulu, moga Allah mudahkan... :)


Menyebut tentang Surah al-Kahfi ini, di antaranya ia ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.

Ustazah menegaskan banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pada hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih dari Rasulullah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

mOde: menghafal bukan kerana nk dptkn mrkah, tp kerana kaifiatnya (^^,)

Friday, July 15, 2011

BaRu 2 minGGu seM kHas..daH bercuti..hehe

Assalamualaikum...



saja nak gtau..16 Julai ..saye balik sarawak.. (^^,)/.. da majlis tunang akak.. Insya Allah..pasni nak wat ckt entry pasal family tercinta...

KeLeBiHan Syaaban~ PeLuanG UnTuK MemPerBaiki DiRi



Masa menelah, memperbaiki diri menjadi insan cemerlang sebelum tiba bulan puasa


SYAABAN yang sudah hampir pertengahan bulan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan menyediakan peluang seluasnya untuk melakukan kebajikan dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Tuhan serta kebajikan sesama insan.

Setiap umat Islam tidak sewajarnya meninggalkan Syaaban tanpa menghayati dan menghargai kelebihannya, sebaliknya patut menjadikan Syaaban sebagai bulan percubaan membaiki diri menjadi insan cemerlang sebelum tibanya Ramadan.
Sebahagian ahli hikmah pernah berkata: Sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Selain menggandakan puasa sunat seperti mana diamalkan Rasulullah SAW, umat
Islam digalakkan banyak berdoa terutama pada malam Nisfu Syaaban antara malam yang paling mustajab memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT.

Malam itu juga malam pengampunan, seperti disebut dalam hadis diriwayatkan Imam Ibnu Majah yang mafhumnya: Daripada Yahya ibni Abi Khasir, daripada Irwah, daripada Aisyah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah SWT mengampunkan hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing Kabilah Bani Kalib.


Justeru, menjadikan Syaaban yang masih berbaki sebagai percubaan untuk menghadapi Ramadan adalah sebaik-baik tradisi yang perlu dicetuskan setiap umat Islam. Waktu inilah, kita perlu lupakan segala sengketa sesama insan dan sejarah silam yang tidak memberi kebaikan kepada sesama manusia.. Peace ! (^^,)


mOde :: tak sabar nak berpuasa Ramadhan bersama sahabat2 SEM KHAS~ UNA,AJA,UMAIRAH,YASMIN,BIE,ASMA',HONEY

Jika bertemu....

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.
"



Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Wednesday, July 13, 2011

senyum...senyum..senyum..

Senyuman (^_^)
Jangan kita pandang serong pada sebuah senyuman (^_^)
Ada senyum bahagia bila hati penuh cinta
Ada senyum sumbing bila hati suka perli insan lain
Ada senyum kelat bila hati terluka dan dilukai
Ada senyum sendiri pasti ada yang tidak kena pada otaknya
Ada senyum palsu depan manis belakang masam
Yang pasti senyuman itu punya banyak corak
Kita yang mencorakkan senyuman (^_^) itu..... 

SeM kHas-SeM BaRu..PenGaLamaN Baru...

kisah masih dalam pembikinan.......hihi...

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin,dan berpemikiran luas. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

BloG UpDaTe is beginning again....

Assalamualaikum....
wah..stelah sekian lama baru meng'update' semula blog nie.. tak silap saya last post bulan oktober 2010..lama tuh.... tak tahu lagi nak post apa (maaf ye tajuk atas tu..speaking tak berapa nak betul,hihi...) hati terbuka untuk update semula pun gara-gara sahabat-sahabat saya yang sudah lama aktifkan blog... NEW ENTRY..COMING SOON~ (^^,)/