Monday, August 30, 2010

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Sunday, August 29, 2010

Keaiban Yang Ditutup Allah..











Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.


Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "


Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)


Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.



Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan?  Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!



Firman Allah:


"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)




Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.



Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.



Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:


"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)
Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.



Waspadalah akan firman Allah:



"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah. 


Sumber : iLuvislam.com

Saturday, August 28, 2010

CHECK-OUT MANDI WAJIB ANDA!!

Cara Mandi Wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Najis Di Badan

Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

Keperluan Mengambil Wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.
Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

Perkara Berkaitan

Melewatkan Mandi Wajib

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.
Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.

Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.
Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

Permata Ayah Bonda - Pesan Berpesan


PESAN BERPESAN(Album : Permata Ayah Bonda)

Mari rakan semua
Kita dengarkan pesanan ini
Amalkan akhlak mulia
Kerana itu tuntutan agama

Akhlak yang terpuji
Cermin peribadi
Ke mana pergi kau (kan) disayangi

Taati perintah Allah
Sunnah Rasul jadikan pedoman
Amalkan sifat mulia
Jauhi dari sifat yang tercela
Berbudi bahasa kasih pada semua
Pasti hidup akan lebih bahagia

Taatkan ibu juga ayah
Kasihi sanak dan saudara
Rasa saling menyayangi
Tiada dendam dan membenci
Sabar saling memaafi
Itulah akhlak yang terpuji

Hormati jiran tetangga
Guru dan rakan sekolah
Rasa saling menyayangi
Tiada dendam dan membenci
Sabar saling memaafi
Itulah akhlak yang terpuji

Selalu merendahkan diri
Jangan sombong dan berdengki
Siapa meninggikan diri
Kelak dirinya dibenci
Jika berakhlak mulia
Hidup kan disayangi semua..

Friday, August 27, 2010

10 ciri-ciri lelaki yang dijauhi wanita….

Bagi kaum wanita di luar sana, susah tak untuk korang mencari teman lelaki atau bakal suami yang almost perfect dan baik? Mungkin bak kata pepatah Inggeris, ‘like looking for a needle in a haystack’ atau terjemahannya ‘ibarat mencari jarum di dalam timbunan jerami’…huhu : -). Semua wanita nakkan bakal suami yang baik walaupun tak perfect, betul tak?  Almaklumlah kerana lelaki itu akan menjadi ketua rumahtangga dan juga pelindung kepada isteri dan anak-anaknya kelak.
Pada zaman sekarang nie, agak sukar bagi seseorang wanita itu untuk mencari calon suami yang baik dan soleh, so wanita akan berfikir dua tiga kali sebelum mendirikan rumahtangga.  Anyway,  jom baca apakah ciri-ciri lelaki-lelaki yang akan dijauhi wanita …


1.  Terlalu kedekut – lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau  you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?

2.  Hipokrit – ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?


3.  Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue.  Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…

4. Playboy – ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ aka buaya darat’ nie.. huhu.  Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…

5. Tak gentleman -  penulis bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda?  Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? korang tak sedar…Hmmm… bagaimana? So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!

6.  Tak hormat wanita – antara peranan wanita yang terpenting di dunia adalah menjadi isteri dan ibu kepada insan yang bernama lelaki. Maka, seseorang wanita itu memang berhak untuk dihormati. Jangan sesekali  menyakiti wanita baik dari segi fizikal ataupun emosi. Dah memang peranan lelaki untuk melindungi kaum wanita yang memiliki sikap yang lemah, tak gitu?  Ya, dari segi fizikalnya, wanita memang agak lemah daripada lelaki, namun jangan terkejut jika ‘tangan yang disangka lembut itulah yang menghayun buaian, mengoncang dunia dan seterusnya mencipta sejarah’….

7.  Terlalu ego – anda terlalu ego? Jangan begitu… kerana sikap ini sebenarnya hanya akan menjauhkan wanita daripada anda! Sikap ego boleh membawa banyak keburukan di dalam sesuatu hubungan. Ego dalam diri seorang lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran kata-kata seorang wanita. Kalau boleh, kawallah sikit ego tu kerana wanita amat suka jika kekasihnya dapat mengalah dalam sesuatu perkara.

8.  Penakut – bukankah seorang lelaki itu penyelamat atau hero kepada wanita? Oleh itu wanita perlukan seorang kekasih yang gagah yang dapat menjaga keselamatan serta melindungi dirinya. Tapi ‘gagah’ tu bukanlah beerti anda semua kena ada ‘6 packs’ di bahagian perut tue, cuma memadailah jika anda tahu serba sedikit bab-bab mempertahankan diri ker, ataupun doa-doa pelindung diri ker…:-)… Amalkan petua ini, berani kerana benar, takut kerana salah yer…. huhu

9. Pemarah – wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah. Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? Misalnya, kalau ko dapat  tau isteri ko tengah berdating dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu pemarah dan bengis… :-)

10.  Sukakan lelaki – ehem-ehem… maksudnya ‘gay’ la nie:-) Ntah nape pada zaman sekarang nie, makin ramai pulak yang sukakan kaum sejenisnya. Mungkin terlalu ‘free minded’ ataupun terlalu terdedah dengan budaya Barat, betul tak? Yang pastinya, wanita boleh menganggap anda sebagai teman mereka, tetapi bukan sebagai teman lelaki ataupun bakal suami la..  Anyway, tak salah jika seorang lelaki itu suka pada kawan lelaki mereka – tapi setakat ‘suka’ in terms of friendship jer la… kalau selain daripada tue…  mintak maaflah brader… ;-)
Padanlah wanita pada zaman ini sukar sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap mengambil iktibar daripada  apa yang nak disampaikan di atas, okey :-) Dan jangan ada yang terasa hati pulak kerana ini cumalah bacaan santai jer…peace! (^^,)v

"Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"


"Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain"
ilmu bukan hanya untuk diri sendiri..tapi untuk dikongsi bersama...moga2 sama2 mendapat keberkatan dan dijadikan bekalan ke akhirat kelak...segala ilmu atau apa2 bahan di dalam blog ini tiada hak milik tuan penulis..kerana semuanya hak milik Allah untuk kita kongsi bersama...copy paste amat dialu2kan..jazakallahukhaira...
99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman:- 01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 08. Jangan usil dengan kekayaan orang; 09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang; 10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan; 11. Jangan tamak kepada harta; 12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; 13. Jangan hancur karena kezaliman; 14. Jangan goyah karena fitnah; 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri; 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 19. Jangan sakiti anak yatim; 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu; 24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid; 25. Biasakan shalat malam; 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 30. Jangan marah berlebih-lebihan; 31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah; 33. Berlatihlah konsentrasi pikiran; 34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan; 36. Jangan percaya ramalan manusia; 37. Jangan terlampau takut miskin; 38. Hormatilah setiap orang; 39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 41. Berlakulah adil dalam segala urusan; 42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 45. Perbanyak silaturrahim; 46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 47. Bicaralah secukupnya; 48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin; 52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 55. Sering-sering bershalawat kepada nabi; 56. Cintai keluarga Nabi saw; 57. Jangan terlalu banyak hutang; 58. Jangan terlampau mudah berjanji; 59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna; 61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh; 62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya; 67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan; 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan; 70. Jangan melukai hati orang lain; 71. Jangan membiasakan berkata dusta; 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain; 77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya; 81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 85. Hargai prestasi dan pemberian orang; 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan; 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita; 89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu; 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 93. Jangan cepat percaya kepada berita negatif yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan; 99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Thursday, August 26, 2010

Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran

Bismillahirrahmanirahim…
 

Salam semua pembaca Baitul Muslimku, sedar tak sedar kita sudah pun berada dipertengahan bulan ramadhan. Hari ini tanggal 17 Ramadhan 1431H bersamaan 27 Ogos 2010 adalah satu tarikh penting yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam iaitu sempena peristiwa nuzul al-Quran.
Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.

Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :
1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.
3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.
Selain itu, kenapa Allah SWT turunkan al-Quran secara beransur-ansur ? Sudah tentu menpunyai hikmah-hikmahnya tersendiri. Antara hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ialah :
  • Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak.
  • Antara ayat itu ada yang nasikh dan mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada nasikh dan mansukh)
  • Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.
  • Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)
  • Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran diturunkan sekali gus.
Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah..

Jom sejukkan hatimu...Moga kuat menempuhinya :)

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah.

Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah.Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang.

Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui

Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya? Wahai sahabatku, Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya.

Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta.Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan.

Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2856

TIPS MEYAKINKAN IBU BAPA TENTANG PERKAHWINAN AWAL (TERUTAMA KAHWIN SEMASA BELAJAR)

Tentang memujuk ibu bapa agar dapat kahwin awal atau meyakinkan ibu bapa bahawa perkahwinan semasa belajar tidak akan membawa mudarat pada pelajaran, sesungguhnya, tidak ada jalan konkrit atau hitam dan putih dalam menangani hal ini. Ia adalah sesuatu yang subjektif dan tergantung kepada kebijaksanaan (hikmah), kepandaian berstrategi (berpolitik) dan kemahiran sosial-emosional 'mempengaruhi'. Ia mungkin menghadapi respon ibu bapa yang sangat keras, sangat lembut atau sederhana.

Yang dimaksudkan dengan respon ibu bapa yang sangat keras ialah ibu bapa tetap berkeras tidak mahu anaknya kahwin semasa belajar walau apa sekali pun alasan. Ibu bapa tetap berkeras tidak mahu anaknya kahwin semasa belajar walaupun telah dipujuk rayu dan bermacam-macam usaha melobi dan sesi penerangan telah dibuat oleh anaknya. Yang dimaksudkan dengan respon ibu bapa yang sangat lembut ialah ibu bapa asalnya sangat berkeras tidak mahu anaknya kahwin semasa belajar, tetapi selepas sedikit usaha melobi daripada anaknya yang sangat berkesan di hatinya, lalu dia berubah fikiran membenarkan anaknya kahwin semasa belajar malah memberi bantuan dan sokongan.

Yang dimaksudkan dengan respon ibu bapa yang sederhana ialah ibu bapa pada awalnya tidak mahu anaknya kahwin semasa belajar, tetapi selepas usaha melobi yang berpada daripada anaknya, dia akhirnya membenarkan. Apa yang lebih penting untuk difahami, dihayati dan diredhai ialah; di balik semua ini, di balik 3 jalan kemungkinan ini, kita tidak mempunyai sedikit pun kuasa untuk menjamin bahawa apa yang kita mahu itu pasti kita dapat dengan usaha kita, kerana yang berusaha ialah kita tetapi yang menentukan segalanya ialah Allah swt.
Jika Allah telah menentukan jalan sukar / jalan sangat keras untuk kita, layakkah kita untuk tidak menyetujui Ketentuan Allah atau apalagi memberontak? Sesungguhnya, itu ujian Allah kepada kita untuk mengetahui keimanan kita dan untuk mengganjarkan syurga jika kita sabar. Yang boleh kita buat hanyalah redha dan sabar, serta terus berusaha dengan baki kemampuan yang masih ada. Sebagai imbalan redha dan sabar kita ialah pahala dan syurga insyaAllah, dan kemanisan serta kebahagiaan dalam perkahwinan selepas ia dibina. Siapakah yang lebih berkuasa daripada Allah untuk memberi balasan kepada kita?

Jika kita diberi jalan senang, maka ia adalah bonus untuk kita. Dan yang sepatutnya kita buat ialah bersyukur sebanyak-banyaknya. Jika kita dikurnia jalan sederhana, maka itu sudah memadai kepada kita. Menunggu 2 tahun untuk berkahwin jauh lebih bahagia daripada asalnya menunggu 3 tahun untuk kahwin. Menunggu 1 tahun untuk kahwin jauh lebih berharga dari asalnya menunggu 2.5 tahun untuk kahwin.

Bagaimana membuat usaha memendekkan tempoh penantian, daripada 3 menjadi 2 atau 2 menjadi 1 atau 2 menjadi 0 tahun? Sekali lagi ingatlah kejayaan itu bukan bergantung kepada usaha teknikal semata. Tetapi usaha teknikal adalah sesuatu kewajipan atau asas kejayaan. Selain usaha, doa dan tawakkal adalah adalah senjata yang sangat berkuasa kerana yang mengendalikan senjata ini ialah Yang Maha Kuasa, Allah swt.

Bertunanglah, nescaya di sepanjang tempoh pertunangan itu, komitmen semua pihak termasuk ibu bapa akan meningkat tanpa sedar. Dalam tempoh pertunangan, ibu bapa akan lebih banyak berfikir tentang anaknya yang telah bertunang sekaligus member makna akan berkahwin sama ada dalam masa cepat atau lambat sikit. Jika tidak bertunang, ibu bapa tidak ada komitmen ke arah perkahwinan dan mereka tidak akan berfikir tentang anaknya yang telah bertunang, tidak akan terfikir tentang anaknya yang akan berkahwin.

Jika tidak bersedia untuk kahwin, maka tidak boleh kahwin atau tidak boleh membuat majlis perkahwinan. Maka, setelah bertunang, buatlah persediaan untuk perkahwinan walaupun tarikh perkahwinan yang telah ditetapkan adalah lambat lagi atau tarikh perkahwinan belum pun ditetapkan, cuma yang pasti ialah perkahwinan ada 3 tahun lagi atau lebih naif, status perkahwinan hanyalah 'lambat lagi'.
Buatlah segala persiapan yang boleh dibuat sekarang. Antara persiapan yang boleh dibuat sekarang termasuklah penyediaan kewangan, menghadiri kursus kahwin, membuat ujian kesihatan / HIV, mengisi borang-borang, menempah pakaian, merancang dan membeli barang-barang keperluan seperti barang hantaran, dan sebagainya. Apa persiapan yang boleh dibuat sekarang adalah subjektif bergantung kepada masa. Menghadiri kursus kahwin boleh dibuat walau perkahwinan ada baki 2 tahun lagi. Menempah pakaian mungkin tidak dibuat lagi jika masa baki perkahwinan ada 3 tahun lagi. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita menilai masa.

Kenapa mempersiapkan persiapan awal-awal? Pertama, untuk mengelak masalah, kelambatan dan sebagainya menjelang majlis perkahwinan. Tujuan kedua ialah sebagai strategi untuk meraih persetujuan ibu bapa untuk kahwin awal. Apabila semua persiapan telah dibuat, yang tinggal hanyalah acara perkahwinan. Mempersiapkan persiapan awal-awal menunjukkan kepada ibu bapa bahawa kita mempunyai kehendak yang tinggi, kita mempunyai komitmen yang tinggi dan kita telah berjaya dalam peringkat awal persediaan perkahwinan. Kejayaan cemerlang ini akan mempengaruhi pemikiran dan penilaian ibu bapa kita terhadap isu kahwin awal yang kita hadapi. Ibu bapa akan terfikir bahawa 'kalau sebelum kahwin kita telah miliki komitmen yang tinggi, insyaAllah selepas kahwin pun kita akan punyai komitmen yang tinggi terhadap rumah tangga yang dibina menyebabkan kita akan berjaya mengendalinya dengan baik', 'kalau peringkat awal sebelum perkahwinan kita telah berjaya dan dapat buat dengan baik, insyaAllah selepas perkahwinan juga kita akan dapat buat dengan baik'.

Persiapan yang perlu dibuat bukan setakat persiapan lahiriah semata. Persiapan batiniah sama pentingnya, malah boleh jadi lebih penting. Persiapan batiniah seperti ilmu pengetahuan keagamaan, ilmu kerumahtanggaan, ilmu sara hidup, ilmu dan kemahiran bermasyarakat adalah sangat penting dan diperlukan. Pergunakanlah masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan semua ini. Apabila kita telah siap sedia, barulah ibu bapa lebih yakin untuk membenarkan kita kahwin awal kerana logiknya kita telah bersedia.

Lagi bagaimana memujuk ibu bapa? Berterus terang tentang perasaan kita boleh menjadi salah satu daripada banyak cara yang boleh kita guna untuk memujuk ibu bapa. Untuk kalangan kita yang selalu membuat curhat (curahan hati) dalam perbualan hati ke hati / soft talk dengan ibu bapa, ia mungkin lebih menyenangkan. Untuk kalangan kita yang jarang atau tidak pernah berbuat demikian, ia adalah sesuatu cabaran. Ia mungkin benda yang baru dan mencabar, tetapi ia adalah benda yang tidak mustahil berjaya apabila dicuba. Sebelum ini mungkin kita tidak pernah buat, tetapi tidak salah kalau kita mencubanya buat kali pertama sekarang. Apalagi ia adalah halal. Apalagi ia adalah salah satu cara untuk kita mencapai cita-cita kita. Ya, kita segan, tetapi keseganan kita tidak akan membawa kita ke mana-mana, malah tidak mendekatkan kita kepada cita-cita kita untuk kahwin awal, sedangkan kita mahu kahwin awal. Bukankah keseganan dan kemahuan kahwin awal kita itu sangat ironi.

Kalau tak segan untuk kahwin, kenapa perlu segan untuk menyatakan keinginan untuk kahwin. Kalau segan pun, dengan siapa sangatlah kita segan. Mereka ibu bapa kita juga. Dengan berapa orang sangatlah kita segan? Bukannya dengan sejuta orang. Hanya dengan dua orang iaitu ibu bapa kita. Lagipun, keseganan kita itu adakah kerana melakukan perkara salah? Tidak, bukan? Lalu, kenapa kita mesti segan? Kita tidak perlu segan untuk membuat perkara baik, membuat pahala dan mengelakkan dosa, apalagi kahwin adalah sunnah Rasul dan pekerjaan yang mulia. Keseganan itu tidak lain hanyalah perasaan malu tidak bertempat kita yang dimainkan oleh nafsu. Oleh itu, kita perlu berusaha mengatasi keseganan itu. Itulah mujahadah kita. Itulah perjuangan kita. Lantaran itu, insyaAllah pahala sebagai ganjaran untuk kita.

Keseganan itu umpama satu jurang. Sekali kita mengatasinya, seperti kita telah menutup jurang itu dan kita tidak akan segan lagi buat kali yang seterusnya. Maka jika kita sangat malu, buat-buatlah tutup mata atau tebal muka, dan redah saja buat kali pertama, insyaAllah sekejap selepas itu dan untuk kali-kali yang berikutnya, kita merasa tidak segan lagi malah larut dalam curhat yang sangat memberikan kebaikan kepada cita-cita yang ingin kita capai; iaitu kahwin awal.
Ingatlah! Kalau kita tetap memilih untuk terus segan, tanyalah diri apakah keseganan itu menguntungkan kita atau merugikan kita? Jika kita suka kerugian dan cita-cita kahwin awal tidak tercapai, silakanlah dengan keseganan berbicara soal mahu kahwin awal kepada ibu bapa buat selamanya. Lupakahlah saja pahala yang diraih oleh orang yang berkahwin dan kebahagiaan yang hanya mampu dikecapi oleh orang yang kahwin. Salam kepada anda.

Beritahulah ibu bapa terus dari lubuk hati, apa perasaan yang kita alami. Jangan malu-malu, katakan saja pada ibu bapamu kerana mereka sangat memahami, malah lebih memahami daripadamu kerana mereka pun pernah merasa masa muda remaja, masa belum kahwin yang sangat menginginkan pasangan hidup. Itukan fitrah. Siapa boleh lawan fitrah. Yang melawan fitrah hanyalah nafsu.

Katakan saja kepada ibu bapamu bahawa kau cemburu jika benar kau cemburu pada orang-orang di sekelilingmu. Katakan: 'mereka dapat berseronok berdua padahal mereka belum kahwin'. Katakan kepada ibu bapamu bahawa kamu pun ingin berseronok hidup seperti itu tetapi kamu tidak mahu melanggar syariat Allah. Kerana itu kamu mahu kahwin. Apakah ibu dan ayah tidak simpati dengan kemahuan seorang anak, apalagi dengan kemahuannya yang suci, ingin menjaga agama Allah melebihi daripada kemahuannya untuk berseronok semata-mata.
Katakan saja kepada ibu bapamu bahawa kamu cemburu pada kawan-kawan kelas sekarang atau kawan-kawan sekolah lama masa kecil-kecil dulu yang semuanya sudah berkahwin awal dan hidup gembira, aman bahagia dengan pasangan masing-masing. Memori lama terkadang sangat menyentuh hati. Malah sesetenganya telah mengendong zuriat yang makin menceriakan hidup mereka. Bilanglah dan sebutlah contoh kawan-kawanmu itu. Yang tinggal hanya engkau terkontang-kanting seorang diri dengan mengelek buku pelajaran ke sana ke mari siang malam, petang dan pagi. Sedang kawanmu menikmati kedua-duanya pada masa sama, belajar dan berkeluarga. Kau hanya dapat menikmati satu saja dalam masa yang sama seperti kawanmu itu; belajar. Belajar itu satu kenikmatan? Kenikmatan yang mengatasi kenikmatan berkeluarga? Sungguh dikau telah membazirkan masa memilih satu kenikmatan saja dalam satu masa daripada memilih dua kenikmatan serentak; belajar dan bekeluarga. Inilah kemungkinan isi-isi curhat anda, tetapi mestilah diucapkan dengan bahasa yang cukup halus agar tidak pernah mencalarkan apalagi menghiris hati ibu bapa. Kalau hatinya terhiris, lagilah susah kita ingin mengambil hatinya dan menjayakan agenda dan cita-cita kita; kahwin awal.

Ibu bapa mungkin berkata 'kahwin masa belajar itu susah, banyak masa mesti diguna untuk keluarga'. Kualiti masa itu bukan pada pendek atau panjangnya masa, atau lapang atau sibuk. Kualiti masa itu terletak pada bagaimana kita menguruskannya dan terletak pada keberkatan pekerjaan yang dilakukan untuk mengisi masa. Berapa banyak orang yang lapang masanya, tetapi hanya beberapa perkara sahaja yang dia dapat buat. Ini kerana pengurusan masanya lemah. Kita lihat orang-orang yang sibuk pula, banyak perkara yang dia berjaya buat walaupun dia sibuk. Ini kerana pengurusan masanya sangat baik. Yang penting ialah membahagikan masa sepatutnya antara kerja keluarga dan kerja akademik serta menggunakan masa yang diperuntukkan itu dengan seoptimumnya, bukan menggunakannya sambil lewa atau sambil membazir-bazirkan masa. Masa untuk belajar benar-benar diguna untuk belajar bukan diguna sambil membazir seperti belajar sambil melayari internet untuk suka-suka, atau belajar sambil chatting internet atau belajar sambil menonton movie. Akibatnya, yang panjang ialah menonton movie, yang pendek ialah belajar, lalu apabila peperiksaan kandas atau dapat pencapaian rendah, pernikahan yang dipersalahkan, sungguh tidak adil!

Gunakanlah masa untuk aktiviti yang halal lagi baik dan bermanfaat saja, barulah masa menjadi berkat dan berkualiti. Jagalah diri dengan ketat dari terjerumus ke dalam aktiviti atau kerja yang tidak berfaedah atau membazirkan masa saja. Hadkanlah diri daripada melakukan kerja yang halal di sisi syariah tetapi tidak ada manfaat atau sikit sahaja manfaatnya. Gunalah masa sebaiknya untuk kerja yang halal, baik lagi banyak manfaatnya untuk diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kalau kahwin masa belajar itu susah sebab banyak masa mesti diperuntukkan pada keluarga, kahwin masa bekerja juga susah kerana banyak masa mesti diperuntukkan pada keluarga. Malah, kahwin masa bekerja lebih susah kerana masa bekerja lebih sibuk dan lebih penat. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang telah tamat belajar dan telah bekerja, pasti kalau tidak semua, majority akan berpendapat bahawa masa bekerja adalah jauh lebih sibuk dan penat berbanding masa menjadi pelajar dan belajar. Kalau boleh mereka nak kembali berada di bangku university, mendapatkan elaun setiap bulan, belajar, menyiapkan tugasan dan menjawab peperiksaan saja, tidak perlu penat-penat turun awal pagi, tersekat dalam kesesakan lalu lintas, sibuk di tempat kerja, pulang lewat petang atau awal malam, memikirkan masalah kerja yang tak selesai-selesai. Tapi tak kan lah disebabkan demikian sibuk dan penat bekerja, kita tidak mahu kahwin. Apalagi kalau kahwin masa belajar? Lagilah lebih lega.

Bukankah kahwin itu jalan untuk berehat dari kepenatan dan kesibukan? Perkahwinanlah yang merawat kepenatan. Kebahagian dan ketenangan hidup berkeluarga dapat merawat kepenatan kerja. Perkahwinanlah yang menyebabkan kita berusaha mencari masa untuk berehat dari kesibukan. Kalau kita tidak ada komitmen perkahwinan, nescaya kita akan terus berpanjangan sibuk kerana kita tidak perlu berehat untuk memberi laluan kepada komitmen perkahwinan. Kalau pada kesibukan dan kepenatan kerja yang lebih sibuk dan penat itu boleh-boleh saja kita mengendali perkahwinan dan keluarga, masa belajar yang kurang sibuk dan penat berbanding masa bekerja adalah masa yang lebih baik untuk berkahwin dan memulakan dan mengendalikan hidup berkeluarga. Semoga bahagia!

Banyak lagi cara yang boleh diguna untuk memujuk ibu bapa. Yang penting ialah ikhlas dan kreatif. Dan yang lebih penting ialah kita sungguh-sungguh ingin membuktikan kita boleh melakukannya, boleh berkahwin dan boleh mengendalikan keluarga sambil belajar dengan baik. Sebenarnya, mengendalikan keluarga semasa masih belajar jauh lebih senang daripada mengendalikan keluarga masa sudah bekerja.
Keadaan menyedihkan bagi pasangan kita dan kesediaan kita untuk kahwin boleh digunakan sebagai asas kuat untuk memujuk ibu bapa membenarkan perkahwinan masa belajar. Sebagai contoh, kita seorang pelajar yang mempunyai masa satu tahun lagi untuk tamat belajar serta telah siap sedia untuk kahwin dan pasangan kita telah tamat belajar dan sedang bekerja serta sedang menunggu kita untuk kahwin. Kita boleh mempengaruhi ibu bapa kita dengan menggambarkan kesimpatian kita terhadap pasangan kita yang telah siap untuk kahwin tetapi terpaksa menunggu kita selama setahun atau berapa tempoh masa lagi untuk mengecapi nikmat kebahagiaan, sedang di sepanjang tempoh penungguan itu adalah penyiksaan kepada batinnya. Ibu bapa yang berjiwa halus dan memahami perasaan orang lain akan bertimbang rasa dalam hal sebegini. Setidak-tidaknya, dengan menggunakan cara rayuan ini, syarat kahwin hanya selepas tamat belajar mungkin dikurangkan kepada kahwin setengah tahun sebelum tamat belajar. Sebenarnya, ibu bapa takut terhadap perkahwinan awal yang akan melahirkan bayi semasa anaknya masih belajar. Ibu bapa bimbang anaknya tidak dapat menunaikan tanggung jawab sebagai pelajar dengan baik disebabkan kehadiran dua tanggung jawab besar lain iaitu sebagai isteri dan ibu.

Menangani isu mendapatkan izin ibu bapa untuk kahwin awal semasa belajar adalah seni. Ia mesti dibuat dengan halus, dan perlahan-lahan, tidak boleh dengan kasar dan tergopoh-gapah. Kekasaran akan menyebabkan ibu bapa terguris hati, tidak kira sama ada hasilnya dia mengizinkan kahwin awal atau tidak, tetapi menyakiti hati ibu bapa adalah dosa. Perbincangan dengan ibu bapa secara baik adalah kewajipan. Kita tidak boleh berbuat sesuka hati dan membelakangkan kata-kata ibu bapa kerana kebahagiaan hidup kita adalah terletak kepada redha ibu bapa.
Ibu bapa biasanya bukanlah ingin menentang kehendak anaknya. Keengganan mereka bukan disebabkan mereka saja-saja ingin menentang kehendak anaknya atau tidak kasih kepada anaknya. Tetapi keengganan ibu bapa adalah kerana kasih mereka kepada anak mereka. Mereka tidak mahu anak mereka susah di masa hadapan, lalu mereka lebih berhati-hati sehingga mereka takut untuk membenarkan anak mereka kahwin awal. Ibu bapa biasanya berfikir masak-masak dan dalam-dalam terhadap perkara ini berbanding anak-anak yang relatifnya masih muda, mereka tidak berfikir panjang dan dalam sangat kerana anak-anak yang masih muda mempunyai semangat ingin mencuba yang tinggi dan semangat yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran. Mereka sanggup menghadapi hidup yang akan turun naik dilambung ombak sementara ibu bapa pula bimbang kehadiran ombak yang akan melambung naik turun kehidupan anak mereka lalu mereka lebih suka anak mereka memilih untuk hidup di lautan tenang sahaja (ie tidak kahwin awal masa belajar).

Perkara ini sama dengan ketakutan ibu bapa untuk melepaskan anak kecil bermain air sungai atau memanjat pokok, kerana ia berisiko. Ibu bapa takut melepaskan anak untuk berkahwin awal semasa belajar kerana ia berisiko. Tetapi, ibu bapa yang bijak tidak dengan buta tuli melarang anak mereka bermain air sungai atau memanjat pokok sebaliknya mereka mengajar anak-anak bagaimana untuk berenang dan memanjat pokok serta mengawal anak-anak yang masih baru kepada sungai dan pokok agar bermain di air cetek sahaja dan memanjat pokok rendah sahaja. Apabila mereka sudah pandai berenang dan memanjat dengan hebat, barulah dilepaskan ke air lebih dalam dan pokok lebih tinggi. Jika sejak awal-awal lagi kanak-kanak dilarang bermain air atau memanjat pokok, malah tidak pula diajar berenang dan memanjat, sampai bila-bila pun mereka tidak akan pandai malah suatu hari mereka mungkin mencuri-curi untuk berenang atau memanjat sendiri tanpa ajaran lalu menyebabkan perkara tidak diingini seperti lemas, atau mati lemas, atau cedera terjatuh dari pokok.

Demikianlah perkahwinan. Ibu bapa yang bijak tidak akan melarang perkahwinan dan berdiam diri. Ibu bapa yang bijak akan memandu anak-anak, membantu menunjuk jalan, memberi ajaran, memberi sokongan dan bantuan kepada anak-anak yang memilih untuk kahwin awal semasa belajar. Ibu bapa perlu memberi lebih bantuan dan sokongan hanyalah pada peringkat awal perkahwinan sahaja. Apabila perkahwinan anak-anak telah melalui satu tempoh kematangan, mereka telah stabil dan telah menjumpai rentak kehidupan mereka, maka ibu bapa tak perlu bersusah payah lagi malah boleh senyum gembira kerana anak mereka kini telah 'selamat'. Selamat diijabkabulkan dan selamat mendirikan rumah tangga.

Apapun yang terjadi, baik susah atau senang, hadapilah ia dengan sabar dan redha, agar setiap detik itu menjadi tarbiah, ibadah dan berpahala. Apapun yang terjadi, tempat rujukan terbaik, tempat permintaan terbaik dan tempat pengaduan terbaik adalah kepada Allah swt yang Maha Membolak-balikkan Hati. Hari ini mungkin tidak boleh, siapa tahu esok boleh, minggu depan boleh, bulan depan boleh atau tahun depan boleh.

Sebesar apapun masalah dalam urusan ini, masalah ini tak pernah lebih besar daripada Urusan di Padang Mahsyar. Maka, hadapilah sebesar apa pun cabaran ini sebagai sebuah hal yang kecil saja. Bisa-bisa saja diselesaikan, asalkan mau usaha, kerana setiap ubat ada penawar kecuali mati. Setiap masalah ada penyelesaian.
Seteruk apa pun diri kita, kita jauh lebih baik daripada orang yang cacat anggotanya, orang-orang yang meminta-minta di tepi-tepi jalan, orang-orang yang hidup dalam ketakutan medan perang. Walhamdulillah rab al aalamin

Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan (^^,)


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .


Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Petua mencuci hati..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya ..Insya Allah..

p/s: ni ana copy dr shbt..untuk share bersama..(^^,)